Menara tersebut akan dibina oleh PNB. PNB merupakan sebuah institusi pelaburan utama negara dengan pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.
PNB bukannya sebuah badan yang menyediakan dana untuk wakil-wakil rakyat menjaga kawasan mereka. Mereka menjalankan perniagaan dan keuntungan kepada perniagaan itu digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur-pelabur mereka seperti ASNB dan juga beberapa saham lain lagi.
Pembinaan Menara Warisan di kawasan strategik tersebut adalah salah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Sekiranya menara tersebut tidak diperlukan lagi satu hari nanti, ianya boleh dijual dengan harga berlipat ganda.
Jika sekarang dibina dengan kosnya RM 5 bilion, 10 tahun lagi mungkin ianya menjangkau RM 8 bilion. Tahun demi tahun nilainya akan naik. Rekod setakat ini belum pernah menunjukkan nilai hartanah di negara kita menurun. Semuanya makin menaik tahun demi tahun.
Pembinaan menara tersebut bukan lagi serampang dua mata, tetapi ianya serampang bermata-mata. Selain itu ianya boleh menjana untung kepada PNB dan seterusnya kepada rakyat melalui ASNB, ianya juga dapat menjadi mercutanda terbaru KL dan seterusnya boleh menarik pelancong datang ke negara kita.
Selain itu juga ianya dapat mengatasi masalah kekurangan tanah di KL untuk pembinaan pejabat-pejabat atau ruang niaga yang baru. Dapat juga menjadi pusat sehenti peniaga-peniaga bumiputra yang hendak berniaga di sana.
PNB juga akan memindahkan semua pejabat-pejabatnya yang berselerak di serata Lembah Klang ke satu tempat. Bangunan PNB yang ada di Jalan tun Razak sekarang sudah tidak cukup lagi untuk menampung operasinya.
PNB boleh menjual bangunan lamanya atau mereka boleh simpan sebagai aset dan sewakan kepada pihak lain. Berebut-rebut syarikat yang berminat untuk menyewa bangunan lama PNB sekiranya tawaran dibuka, kerana ianya berada di kawasan yang strategik.
Sejarah telah membuktikan segala yang dirancang dan dibangunkan oleh kerajaan sebelum ini sering ditentang oleh mereka. Contohnya, Jambatan Pulau Pinang, KLCC , Litar F1, KLIA dan Putrajaya.
Sekarang semua pembangunan-pembangunan ini telah mendatangkan hasil dan dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara. Sekarang siang dan malam Lim Guan Eng melalak supaya pembinaan jambatan kedua P.Pinang dipercepatkan.
Pemegang-pemegang saham dalam PNB (ASNB) tidak perlu risau dengan perkara ini. Pembinaan menara ini tidak melibatkan duit pelabur. Simpanan anda selama ini juga dijamin oleh kerajaan. Tidak pernah lagi berlaku, pelabur tidak boleh mengeluarkan wang mereka setiap kali mereka ke kaunter pengeluaran wang. Biarkan pembangkang terjun dengan labu-labunya. Yang pasti segala apa yang mereka tentang selama ini telah mendatangkan hasil kepada negara dan secara tidak langsung kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment