Tuesday, August 31, 2010

Komentar Umum-Sekadar Renungan

1.Honesty is the first chapter in the book of wisdom.

2.Mulut/pertuturan/ayat antara merupakan senjata paling berbisa lagi tajam yang
seringkali manusia sering alpa menjaga

3.Mencari sebab musabab untuk mencetuskan perselisihan mudah dibatu-apikan

4.Amanah kian dijadikan sbg sumber hidup

5.Soal hutang-pemiutang mesti dijaga/direkod sebab hutang dunia antara perkara yang
akan menjadi bebanan terhadap Roh tatkala dicabut dari jasad.

6.Cakap mesti serupa bikin.Sebab itu janji bukan main-main.

7.Doa agar sentiasa hati kita sentiasa dibersihkan serta memaafkan semua orang
keluarga rakan rakan dan sapa sapa saja sebelum tidur.Ayat ni pinjam dari Dr
Fadzilah Kamsah.

8.Below age of 40- Masih ada peluang untuk berubah

9.Respek orang muda terhadap orang yang lebih tua kian luntur

10.Gosip, budaya membodek serta membenarkan berkumandang khabar angin yang kurang
sihat serta menjahanamkan kemasyarakatan mestilah dielakkan sama sekali.

11.Rajin membaca menganalisa dan menyelidik tanpa mengikut rentak emosi sebaliknya
memahami apa yang tersurat lagi tersirat.

12.Pendekatan bijaksana mesti dipraktikkan bukan kerana marahkan nyamuk kelambu
dibakar.Lingkopsi nanti.Nak bina semula akan sesuatu yang baik memakan masa.Nak
runtuhkan sesuatu boleh dilakukan sekelip mata.Bersatu kita teguh,bercerai kita
lebih sasa? Melainkan ada kuasa ajaib lah..

13.Tanggungjawab antara perkara yang amat amat berat yang mesti dititikberatkan.

14.Bermasam muka?..jangan..Rezki mahal..Senyum selalu...

15.Perangkap dan helah-helah mesti difahami dan dikenali..

16.Buat apa yang difikirkan perlu dan patut selagi badan bernyawa..

Natijahnya nilai dan sifat-sifat progresif berlandaskan norma-norma yang membina mapan lagi berdaya-saing harus dikemaskini mengikut peredaran zaman sebaliknya bukan berlandaskan doktrin, caci-mencaci yang akhirnya memecahbelahkan serta merosakkan masyarakat bagaikan jelmaan barah merebak yang membunuh keseluruhan jiwa raga makhluk manusia dalam erti kata lain penjajahan minda masih terang-terangan menusuk minda jaringan-jaringan sesetengah kelompok.
Agar terpelihara kita daripada kemurkaan Allah Ya Rabbi dan dikurniakan rahmat serta dorongan ilmu menjadikan kita lebih kental lagi proaktif dalam pelbagai bidang.InsyaAllah..
Sila berikan teguran untuk perkara perkara yang difikirkan perlu untuk diketengahkan.