Sunday, March 29, 2009

Jika Kita Ikut

Dipetik dari Majalah Dewan Ekonomi Januari 2009;

If the qualities stated below are follow by fellow Malays we don't have to struggle with many policies to improve



1.Memburu ilmu yang bespepadu dengan hasrat mejadi ilmuwan tulen yang benar-benar menghayati budaya ilmu.

2.Kemampuan berkomunikasi dengan pelbagai jenis khalayak, boleh bercakap dengan efektif, iaitu jelas dan persuasif serta mampu menulis dengan baik, iaitu tepat dan indah.

3. Berfikir kritikal, iaitu mengenal pasti dan mendefinisikan masala dengan jelas, kenal pasti hujah dan kepentingannya dari pelbagai sudut, mengumpul fakta yang relevan, mendapatkan senbanyak mungkin penyelesaian, menguasai metadologi dan menggunakan pertimbangan yang adil dalam memilih alternatif yang terbaik.

4.Alasan moral (moral reasoning) yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan etika yang jelas dan tepat .

5.Menjadi warganegara, iaitu patriotik dan turut serta dalam demokrasi dengan bermuafakat dengan bermaklumat , berilmu dan aktif di samping kaya dengan jatidiri Melayu/Bumiputra dan menghayati melebihi semangat DEB.

6.Hidup dalam kepelbagaian dari segi bahasa dan kaum, budaya dan agama, kepentingan dan minat serta profil dan keadaan.

7.Hidup dalam masyarakat global, iaitu berkenaan globalisasi dan leberalisasi dan serta politik dan krisis antarabangsa.

8.Membaiki minat yang luas & mendalam supaya dapat menikmatimakna kehidupan yang sebenar.Contohnya secara intelektual, seni, budaya, riadah dan sukan.

9.Persediaan karier, iaitu sama ada dengan bekerja sendiri,menjadi usahawan,mejadi pekerja dengan majikan dan mampu berhadapan dengan kategori-kategori pekerjaan yang berfaedah.

No comments:

Post a Comment