Tuesday, October 25, 2011

Siapa Gaddafi


(sekadar saya kongsikan dan ambil dari sumber-sumber yang difikirkan boleh percaya dan boleh diterima umum)


BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan....

Friday, July 8, 2011

Bersih? Apa Itu?


1.Adakah dengan menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang dipenuhi emosi ini akanMenyelesaikan masalah? Mengapa pelajar-pelajar yang antaranya mendapat pembiayaanUntuk meneruskan pengajian tinggi yang juga memegang amanah duit pembayar cukai sertapelapis pemimpin masa hadapan sudah macam terkinja-kinja megepak bagaikan helang untuk melibatkan dalam arena radioaktif yg penuh risiko tanpa dahulu mengenali jenis-jenis radiasi ? Ini antara pemerhatian dan sentimen-sentimen yang kita boleh temui di laman-laman sesawang sosial dengan ‘wall’ yang sentiasa bertubi-tubi ‘like’apa-apa saja tanpa pembacaan dan perhalusi sesuatu atas dasar ‘ikut kawan,popular,hentam sajalah...’.

2. Secara amnya mengapa tidak begitu ramai yang ingin ketengahkan isu-isu yang berkaitan ilmiah,impak kajian sosial dan ‘intelligence measuring scale’ (dari sudut mikro dan makro) serta pengukuhan perspektif pelbagai dalam bidang-bidang selain politik? Tak perlulah kita terlalu obses mengikuti berita 'condemnation' yang smmgnya buang masa sebab waktu kita di sana pula bagaimana pula nanti agaknya.No one knows.selalunya apa yg kita terlalu sangat menegur/mencaci scr tak langsung kita sdg membersihkan dosa org itu


3.Saya secara individu bukanlah penerima manfaat mana-mana pihak secara langsungmahupun secara tidak langsung tetapi hakikatnya kesemuanya di lokaliti ini dapat pelbagai kemudahan dari kecil sampai hari tua tambahan pula boleh lagi kongsi melepasi sempadan

4.Saya dapat rasakan orang-orang yang dibantu begitu banyak antara yang paling kuat Menentang tetapi tidak pula menolak segala kemudahan bulat-bulat apa yang dikhususkan eg:dari kecil terima khidmat tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,university,khidmat kesihatan,kuarters, elaun sana-sini sehinggalah ke hari pencen,subsidi minyak,subsidi gula-gula,biasiswa semuanya atas polisi-polisi kebajikan yang dilaksanakan selama ini sehingga TERLALU SELESA.

5.Populasi yang semakin meningkat=permintaan yg tinggi: kenaikan pelbagai bahan mentah diperingkat pasaran dunia oleh para 'speculators' yang‘match supply& demand’ merupakan faktor-faktor perubahan harga ditambah pula perubahan iklim bumi yang mengubah kadar pengeluaran umpanya makanan serta bilangan individu yang cerdik pandai saban hari meningkatkan persaingan bagi sumber-sumber/kemudahan/peluang-peluang seperti yang dinyatakan antara faktor besar yang mempengaruhi kestabilan sesebuah tanah air itu. Di situ pelbagai inovasi telahpun diusahakan dan bidang keberhasilan boleh dinampak dengan kadar pengangguran yang rendah,inflasi di paras terkawal dengan keizinan Allah semuanya.

6.kebelakangan ini kita Nampak ada elemen ketegangan makin menular sana sini walaupun usaha-usaha mengoptimumkan sumber-sumber untuk masa-masa akan datang telahpun dalam proses tetapi Nampaknya masih minda-minda dikalangan kita masih kabur sebab emosi menguasai pertimbangan dan keterlaluan ‘to be frank’

7.Apakah generasi esok akan dapat kecapi seperti apa yang pernah kita terima ini jika sikap-sikap tunjuk perasaan dan ketegangan mengisi ruang di bumi bertuah ini yg baru 54 tahun?

8.Melalui kehadiran media digital yang boleh diakses,ditokok tambah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak yang dahagakan kepentingan dan dilayari semua peringkat umur sememangnya memerlukan ‘soft & hard skill’ untuk menapis dan meneliti maklumat yang kadang-kala agak ekstrim jika sekali pandang.Jika emosi sebegini berterusan produktiviti, kualiti serta persepsi masyarakat antarabangsa boleh menjejaskan usaha-usaha jangka pendek,sederhana dan panjang membuatkan perpindahan operasi pernigaan, kehilangan pekerjaan,mengurangkan pendapatan cukai yang boleh mencetuskan situasi panic antaranya terhadap semua pihak .Tetapi ada juga pihak-pihak luar yang ingin jua melihat kejadian seperti ini berlaku.Melainkan yang ‘cerdik’ lagi ‘bijak’ dalam urusan-urusan pentadbiran jangka panjang apakah kita hanya mahu sekadar maju dengan tindakan demo,demo demo dan DEMAM tatkala percaturanyang lebih kompleks dalam masa mendatang menanti yg mana 1+1≠3 ? All is about the game ofnumbers and power of microchips ^__^


Kadang-kadang sesuatu benda boleh saja dijanji sbb lidah tdk bertulang

Sebelum memulakan tugasan yang difikirkan mudah

Semmgnya manusia biasa tidak sempurna tetapi

Terlalu taksub akan mengambil kuasa secara mendadak boleh mendatangkan bahana jika tanpa

Mengkaji Perhitungan kompleks terutama dlm arus radiasi globalisasi

Saya ulangi kita tdk boleh hidup bersendirian ttp perlu mempunyai pendirian

-dlm proses mematangkan diri yg serba kekurangan dlm mengharungi bahtera kehidupan hari ini dan hari esok yang lebih besar dan lagi mencabar ; bumi masih bulat.

- pada tahun 1998 yang mana pada masa itu saya berusia 9 tahun terbayang lagi ucapan Al-Gore yang datang ke Kuala Lumpur dan menempelak negara ini di mata dunia.

Kita hampir-hampir tersungkur gara-gara kerana seorang individu, mahukah pada tahun 2011 sejarah yang sama diulangi? Sama-sama fikirkan

yang mana kebanyakan pada tahun 1998 yang berdemo sudah dapat membacanya dan sedar akan tujuan licik oleh pihak-pihak tertentu; harap-harap yang 'batch' 2011 lambat laun faham akan Kenapa,Siapa,Bagaimana, apa sebenarnya demo asing ini Berlaku


Sunday, June 12, 2011

Petua Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Monday, May 16, 2011

100 Tingkat


Menara tersebut akan dibina oleh PNB. PNB merupakan sebuah institusi pelaburan utama negara dengan pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.

PNB bukannya sebuah badan yang menyediakan dana untuk wakil-wakil rakyat menjaga kawasan mereka. Mereka menjalankan perniagaan dan keuntungan kepada perniagaan itu digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur-pelabur mereka seperti ASNB dan juga beberapa saham lain lagi.

Pembinaan Menara Warisan di kawasan strategik tersebut adalah salah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Sekiranya menara tersebut tidak diperlukan lagi satu hari nanti, ianya boleh dijual dengan harga berlipat ganda.

Jika sekarang dibina dengan kosnya RM 5 bilion, 10 tahun lagi mungkin ianya menjangkau RM 8 bilion. Tahun demi tahun nilainya akan naik. Rekod setakat ini belum pernah menunjukkan nilai hartanah di negara kita menurun. Semuanya makin menaik tahun demi tahun.

Pembinaan menara tersebut bukan lagi serampang dua mata, tetapi ianya serampang bermata-mata. Selain itu ianya boleh menjana untung kepada PNB dan seterusnya kepada rakyat melalui ASNB, ianya juga dapat menjadi mercutanda terbaru KL dan seterusnya boleh menarik pelancong datang ke negara kita.

Selain itu juga ianya dapat mengatasi masalah kekurangan tanah di KL untuk pembinaan pejabat-pejabat atau ruang niaga yang baru. Dapat juga menjadi pusat sehenti peniaga-peniaga bumiputra yang hendak berniaga di sana.

PNB juga akan memindahkan semua pejabat-pejabatnya yang berselerak di serata Lembah Klang ke satu tempat. Bangunan PNB yang ada di Jalan tun Razak sekarang sudah tidak cukup lagi untuk menampung operasinya.

PNB boleh menjual bangunan lamanya atau mereka boleh simpan sebagai aset dan sewakan kepada pihak lain. Berebut-rebut syarikat yang berminat untuk menyewa bangunan lama PNB sekiranya tawaran dibuka, kerana ianya berada di kawasan yang strategik.

Sejarah telah membuktikan segala yang dirancang dan dibangunkan oleh kerajaan sebelum ini sering ditentang oleh mereka. Contohnya, Jambatan Pulau Pinang, KLCC , Litar F1, KLIA dan Putrajaya.

Sekarang semua pembangunan-pembangunan ini telah mendatangkan hasil dan dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara. Sekarang siang dan malam Lim Guan Eng melalak supaya pembinaan jambatan kedua P.Pinang dipercepatkan.

Pemegang-pemegang saham dalam PNB (ASNB) tidak perlu risau dengan perkara ini. Pembinaan menara ini tidak melibatkan duit pelabur. Simpanan anda selama ini juga dijamin oleh kerajaan. Tidak pernah lagi berlaku, pelabur tidak boleh mengeluarkan wang mereka setiap kali mereka ke kaunter pengeluaran wang. Biarkan pembangkang terjun dengan labu-labunya. Yang pasti segala apa yang mereka tentang selama ini telah mendatangkan hasil kepada negara dan secara tidak langsung kepada rakyat.